Wednesday 13 March 2013

Demi negara yang tercinta

Kementerian Pertahanan diberi kuasa kawal seluruh perairan Sabah. Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan kini diberi kuasa untuk mengambil alih arahan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjaga keseluruhan 1400 kilometer perairan Sabah. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sudah menerima arahan secara rasmi melalui satu surat lantikan yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Singapura di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak dekat sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment