Pilihan ' enjin baru' dari 'model baru' untuk 'generasi baru' mula diperkatakan. ' enjin baru' yang diperkenalkan ini adalah untuk mengisi ruang jentera 'model baru' yang dijangkakan akan mendapat sambutan dari generasi baru.
Semua telah maklum bahawa generasi baru pada hari ini semuanya mengimpikan satu 'transformasi' akan berlaku untuk mereka dapat pergi dengan lebih jauh bagi mengharungi liku-liku dan cabaran masa depan. sehubungan dengan ini percaturan mempromosikan 'jentera' baru dilihat masih tidak berupa untuk menandingi keupayaan yang dimiliki oleh ' tukang promosi' enjin lama dari model klasik.
Apakah cabaran dipenghujung tahun 2013 ini akan membina pelbagai 'persepsi' generasi baru setelah mereka melihat sendiri bahawa 'model baru' yang cuba dipromosi oleh mereka hanya mendapat sambutan yang hangat di seluruh negara tetapi tidak berjaya menawan hati pengguna. ataupun ada ' tangan-tangan asing' yang cuba untuk mengukuhkan diri dengan mengekalkan model lama ini yang ternyata elah sebati dengan dirinya walaupun 'model lama' ini susah untuk dikendalikan setelah banyak pengubahsuaian dilakukan.
Perlukan sistem ' TURBO' digunakan untuk menghasilkan pecutan model lama ini untuk menyaingi keupayaan model baru yang yang diperkasakan dengan sistem nyalaan " Mivec TURBO".
tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment