Friday 29 August 2014

N01 DUN PENGKALAN KUBOR

Tarikh Penamaan Calon: 13 September 2014
Tarikh Pengundian Awal : 21 September 2014
Tarikh Mengundi : 25 September 2014

PENGKALAN KUBOR....PRK 2014

Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand Tak Bai, Narathiwat sebelah barat dan utara (Kuala Tabal) 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal , sampan , bot , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubor' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk setempat , Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu satu ketika dahulu. Daerah Pengkalan Kubor meliputi lapan mukim Penghulu iaitu Mukim Tanjong [12 buah kampung], Mukim Ketil [2 buah kampung], Mukim Tebing [6 buah kampung], Mukim Geting [12 buah kampung], Mukim Simpangan [ 5 buah kampung], Mukim Bendang Pak Yong [13 buah kampung] , Mukim Jubakar Darat [ 2 buah kampung] dan Mukim Jejulok[ 2 buah kampung]. Daerah Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Negara Thailand ialah sepanjang 14 KM bermula dari Kuala Tabal hingga ke Kg. Kuala Jambu, Tumpat ( sepanjang Jalan KASBAN) . Keluasan Daerah Pengkalan Kubor ialah 29.6 km persegi dengan jumlah penduduk lebih kurang 30,000.00 orang.Penduduk di dalam Daerah Pengkalan Kubor ini terdiri daripada orang Melayu (90% ), orang siam (8%) dan orang cina serta India (2%) Terdapat Pejabat Kerajaan ( Pusat Pentadbiran Daerah ) yang diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ' Penggawa ' [ Penghulu bagi istilah di luar daripada Negeri Kelantan] dan dibantu oleh seorang Pembantu Penggawa dan Penghulu-Penghulu Mukim, Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor terletak di Chabang Tiga Geting, Geting, Tumpat . Di peringkat ini hanya terdapat beberapa jabatan dan perbadanan awam yang mempunyai cawangan masing-masing. Peranan utama seorang Penggawa ialah untuk membantu Pejabat Tanah dan Jajahan serta agensi-agensi kerajaan lain menjalankan program dan projek pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan kampung-kampung dibawah jagaannya. Penggawa dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri berdasarkan kepada kewibawaan, kebolehan dan kelayakan akademik . Terdapat lima (5) buah masjid mukim dan sub-mukim dalam daerah Pengkalan Kubor iaitu Masjid Mukim Ketil ( Masjid Al-Huda), Masjid Mukim Geting ( As-Somadi), Masjid Mukim Simpangan, Masjid Mukim Bendang Pak Yong dan Masjid Sub-Mukim Kubang Sawa. Wat Siam bagi orang beragama Buddha juga terletak dalam Daerah ini iaitu masing-masing satu (1) di Kg. Jubakar Darat ( Wat Phikul Yai) dan satu (1) di Kg. Mentua ( Wat Siklaloy).Juga terdapat tiga (3) buah Balai Polis iaitu Balai Polis Pengkalan Kubor, Balai Polis Simpangan dan Balai Polis Kuala Jambu. Lima (5) buah sekolah rendah juga terdapat dalam daerah ini, sebuah sekolah menengah dan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Terdapat tempat-tempat menarik dalam Daerah Pengkalan Kubor ini iaitu Infogaleri Tengku Anis Sg. Golok yang terletak di muara Sg. Golok ( Kuala Tabal) dan Pantai Geting serta Kawasan Perdagangan Bebas Cukai di Pekan Pengkalan Kubor. Kegiatan ekonomi utama penduduk dalam Daerah Pengkalan Kubor ialah Nelayan, Petani, Berniaga, Kakitangan Awam, kakitangan Swasta dan bekerja sendiri.


SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG PENGKALAN KUBOR:


Keluasan : 29.6 km/ SETI

Jumlah pengundi : 24168


Daerah Mengundi di DUN N01 PENGKALAN KUBOR

1. Pengkalan Kubor

2. Ketil

3. Tebing

4. Geting

5. Simpangan

6. Tujoh

7. Telaga Bata

8. Bunohan

9. Jubakar Darat

10. Bendang Pak Yong

11. Telok Jering

12. Kedai geting

PRK Pengkalan Kubor ....

Kelate kita tanggungjawab kita...


Saturday 19 October 2013

ENJIN BARU, MODEL BARU UNTUK GENERASI BARU.

Pilihan ' enjin baru' dari 'model baru' untuk 'generasi baru' mula diperkatakan.  ' enjin baru' yang diperkenalkan ini adalah untuk mengisi ruang jentera  'model baru' yang dijangkakan akan mendapat sambutan dari generasi baru.
 
Semua telah maklum bahawa generasi baru pada hari ini semuanya mengimpikan satu 'transformasi' akan berlaku untuk mereka dapat pergi dengan lebih jauh bagi mengharungi liku-liku dan cabaran masa depan. sehubungan dengan ini percaturan mempromosikan 'jentera' baru dilihat masih tidak berupa untuk menandingi keupayaan yang dimiliki oleh ' tukang promosi' enjin lama dari model klasik.
 
Apakah cabaran dipenghujung tahun 2013 ini akan membina pelbagai 'persepsi' generasi baru setelah mereka melihat sendiri bahawa 'model baru' yang cuba dipromosi oleh mereka hanya mendapat sambutan yang hangat di seluruh negara tetapi tidak berjaya menawan hati pengguna. ataupun ada ' tangan-tangan asing' yang cuba untuk mengukuhkan diri dengan mengekalkan model lama ini yang ternyata elah sebati dengan dirinya walaupun 'model lama' ini susah untuk dikendalikan setelah banyak pengubahsuaian dilakukan.
 
Perlukan sistem ' TURBO' digunakan untuk menghasilkan pecutan model lama ini untuk  menyaingi keupayaan  model baru yang  yang diperkasakan dengan sistem nyalaan " Mivec TURBO".
 
tepuk dada tanya selera.
 
 

ENJIN LAMA, BODY CLASSIC TETAP MENJADI PILIHAN DI TAHUN 2013



Setelah selesai "Ekspo" di penghujung tahun 2013 ini dapat dilihat bahawa pilihan kepada ' enjin lama' dan citarasa klasik masih lagi mendapat sambutan.

Walaupun telah sedia maklum bahawa 'enjin lama' ini kadang kala sempuk dan kadang kala ' meragam' di pertengahan jalan. Semua pengguna telah sedia maklum bahawa 'enjin lama' ini perlu diservis dengan sebaik mungkin dengan kos yang mahal untuk mengelakkan ia meragam dan buat onar. adakah 'enjin lama' ini mampu memecut dengan baik? mampu melancarkan gerakan gear? memberi penjimatan bahan api? dan mendapat kepujian pengguna dan orang ramai tidak merunggut dengan pencemaran bunyinya serta asap yang dikeluarkan...

Apakah salah jika pilihan ' enjin baru' diketengahkan dengan menampilkan pelbagai konsep yang mampu memecut dengan baik, tork gear yang teratur, penggunaan bahan api yang setara dan lebih ringan serta pastinya beri keselesaan pada pengguna persekitarannya.

*** bersambung ler.....

Wednesday 18 September 2013

Kelate melangkah bergaya


KEMENANGAN 3-1 ke atas Terengganu di gelanggang lawan malam kelmarin ternyata membuka laluan lebih cerah buat Kelantan mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia.
Sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Kelantan diramal menghadapi tugas getir untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu satu.
Bagaimanapun, Kelantan membuktikan betapa mereka benar-benar mahu mempertahan kejuaraan yang dimenangi musim lalu apabila mudah membenam Terengganu di hadapan ribuan penyokong skuad Peteh itu.
Percaturan pengendali Kelantan, Bojan Hodak meletakkan tiga pemain tengah, Shakir Shaari, Mohd. Badhri Radzi dan Zairo Anuar Zailani ternyata memberi impak sehingga membolehkan The Red Warriors pulang dengan tiga mata berharga.
“Sebenarnya kemenangan 3-1 ke atas Terengganu di hadapan ribuan penyokong mereka bukan suatu yang mudah.
“Mereka mempunyai pemain serangan yang baik tetapi kami berjaya mendominasi bahagian tengah sehingga menyebabkan mereka agak sukar untuk bergerak dan melakukan sesuatu,” kata Hodak ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mengulas mengenai persembahan Dickson Nwakaeme, Hodak tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan tonggak import dari Nigeria itu biarpun hanya diturunkan dalam tempoh kurang 45 minit.
“Saya tidak gembira dengan persembahannya (Dickson) kerana dia memiliki banyak peluang dan gagal menyudahkannya. Namun, perlu diingat dia baru sahaja pulih daripada kecederaan serta cuba mencari kembali rentak.
“Saya fikir sumbangannya termasuk terlibat dalam menghasilkan gol ketiga yang dijaringan oleh Piya (Badhri) itu sudah mencukupi. Dia perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya dan cergas secepat mungkin,” ujarnya.
Pada aksi kelmarin, Kelantan terlebih dulu memecahkan kebuntuan pada minit ke-27 menerusi jaringan sendiri kapten Terengganu, Hasmizan Zakaria yang tertampan bola ke gawang sendiri.
Babak kedua menyaksikan Kelantan terus menjarakkan kedudukan apabila Indra Putra Mahayuddin menanduk bola hantaran Badhri pada minit ke-56.
Terengganu berjaya merapatkan defisit gol apabila Ashaari Samsudin meledak gol pada minit ke-74.
Badhri melengkapkan malam gemilang Kelantan menerusi gol ketiga lima minit sebelum perlawanan tamat.

Saturday 6 April 2013

Gelombang TUKAR kelate


Kelantan Darul Naim (Jawi: كلنتن دار النعيم, Loghat Kelantan: Klatè) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan denganThailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.
Semenjak tahun 2008, Selepas kalah Dalam PRU 12, rakyat Kelantan mula merasai pahit maung, dibawah pemerintahan PAS  di Kelantan.  Sehingga hari ini kerajaan PAS masih gagal menunaikan janji- yang mereka tabur kepada rakyat. Ini semua telah menimbulkan gelombang kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan PAS kepada BN yang Lebih berjasa kepada rakyat.
Bermula tahun 2009, gelombang kebangkitan rakyat mula menampakkan hasil apabila rakyat mula sedar bahawa selama ini kerajaan PAS Hanya berjanji tetapi tidak menunaikan janji. Yang perit adalah rakyat. Kalau hendak di ungkit, kerajaan BN Lebih Banyak menyumbang kepada rakyat.

Kekalahan  tipis pada PRK Manek Urai dan kemenangan pada PRK Galas telah membuktikan bahawa rakyat Kelantan  telah membuka  Minda untuk menukarkan kerajaan Kelantan kepada BN yg Lebih berjasa. 

Kita ikuti lagi sambungan...gelombang TUKAR Kelantan untuk perubahan...











Gelombang tukar Kelantan makin cerah